
Salam Ramadhan buat semua....
Lamenyer tak bertandang ke laman blog aku ni...rasanyer dah lebih 2 bulan nak masuk 3 bulan...punyalah banyak citer nak dipostkan hari ni...Apa2 pun Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua umat Islam yang mengunjungi blog ini...terima kasih kepada yg sudi singgah..mohon maaf andai ada yang tersinggung hati kerana sesungguhnya sebuah kemaafan adalah satu keindahan...
Emm..tahun ni berpuasa dan beraya di rumah baru..baru sabtu n ahad lepas aku dan suami berkesempatan dapat mengemas rumah kami yang penuh dgn kotak2 barangan kami..penat gilerst..dah lah berpuasa...walaupun dah 2 minggu kami berpindah..tp ada saja urusan yang memaksa kami menundakan urusan mengemas..last week, konon2 nak mengemaslah sebelum berpuasa..tp khamis malam, jam 11 mlm aku dpt call dr kakak sepupu aku, opah kami sedang tenat di Hospital Ipoh...mengenangkan malam dah terlalu lewat, jam 6 pg keesokkannya kami bertolak balik ke perak...pertama kali aku tgk opahku yang lemah selepas hampir 8 bulan tidak bertemu dengannya dan tanpa aku sedari air mataku jatuh juga walaupun sebenarnya dari dlm kereta aku cuba menyuruh hatiku agar jgn menangis..ketika aku smpai dia baru terjaga dr lenanya..ternyata dia masih lagi kuat untuk mengingati kesemua cucu2 dan cicitnya yang sudah hampir ke angka 100...sungguh aku sendiri tidak mengingati n mengenali kesemua sepupu2 ku n anak2 buah ku n termasuk cucu2ku...tp satu yang ku puji opahku ini dia seorang yg kuat membaca al-quran, dgn kelebihan inilah agaknya Allah masih tidak mengurangkan daya ingatannya..matanya pun masih boleh melihat dgn jelas...aku dan angah dipeluk dan dicium sepuas2nya...rindu katanya...tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati...opahku bercerita..ketika sakit di hospital selalu termimpikan arwah bapakku..kesemua anak2 tirinya telah pun pergi dahulu dari dirinya...ceria sungguh dia bercerita dan kami melayannya dgn gurau senda agar dpt menghiburkan hatinya...sempat juga kami berkhidmat untuknya mungkin buat kali yang terakhir..membersihkan dirinya, mengurut badannya..masih terasa hingga ke hari ini pelukan erat opahku pada ku..hingga hari ini dia masih lagi dirawat di hospital..terlalu byk ujian buat dirinya namun nyawanyer masih lagi panjang..semoga dia sempat menyambut syawal dgn kami sekeluarga tahun ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan