Rabu, 2 September 2009

My 4th Wedding's Anniversary...

Di saat ini 11.25 pagi, 03 Sept 2005 dengan sekali lafaz aku dengan selamatnya telah bertukar status dari seorang gadis dan anak kepada seorang wanita dah isteri...dalam sekelip mata aku menjadi pendamping kepada seorang insan yang tidak aku kenali (1 bulan lebih jer kenal). Adusss...bagaimana yer hikayat hidup aku selepas ini..bagaimana jalannya perjalanan yang perlu aku ladeni..berliku kah? luruskah? atau penuh dengan halangan...air mataku tumpah jua namun tidak aku ketahui atas alasan apa? mungkin kerana aku sedih apak pergi 3 bulan lepas..gembira kerana telah bergelar seorg isteri dan ada lelaki yang akan menyayangi aku..sedih kerana aku bukan lagi adik manja buat abang2 ku dan bahu mereka tidak boleh lagi aku pinjam ketika aku sedih...semuanya harus aku harungi sendiri...gembira kerana aku sudah punya rumahtangga dan akan punyai zuriat..takut kalau tidak bersedia dengan tanggungjawab yang akan aku pikul..entahlah aku biarkan saja air mata itu mengalir..yang pastinya ramai yang mengalirkan airmata..emak, abang2ku..juga suamiku..hingga sekarang tidak pernah aku bertanya kepadanya kenapa!!! Biarlah Rahsia kata Tok Ti...

Dan hari ini, genap 4 tahun usia perkahwinan kami..pejam celik pejam celik tak terasa je waktu belari...pagi tadi, hari ini dlm sejarah suamiku buat surprise...selama ni aku jer...mungkin kene komen tak romantik tu yang ada surprise kot ari ni..hahaha..aku bukak jer pintu kereta ada sekeping kad berwarna krim..aku tersenyum kerana sebenarnya pagi td terlalu sibuk dengan kerenah ainul dan aku terlupa hari ini ulangtahun perkahwinan kami...mujur ada yang masih mengingati..patutlah lain macam jer aku rasa lagak suami ku subuh td...kad tu aku keluarkan dan aku tersentuh dgn bait2 perkataan yang dicoret..sungguh suamiku meluahkan isi hatinya...tak sangka kata2 itu lahir dr nukilannya..dalam senyuman terselit keharuan..cuma aku je yang masih lagi tidak membeli apa2 dan membuat apa2 untuk anniversary kami ini...semoga Allah terus memberikan kami kebahagiaan dan menjadikan kami pasangan yang melimpah ruah kasih sayangnya...semoga Allah mengurniakan kami zuriat yang ramai sebagai penyejuk hati...semoga Allah tetapkan iman kami di jalan yang benar..Amin...

1 ulasan:

  1. Tahniah di atas ulangtahun perkahwinan yang ke 4. semoga Ainil dan suami serta anak-anak aman bahagian hingga ke syurga.Aminn.

    BalasPadam