Selasa, 23 Jun 2009

Happy Birthday 'Ainul Mardhiah...3 years...


Hari ini hari jadi ainul yang ke3..dah besar dah anak dara kami. Hari ni just belikan kek then hntar ke kelasnnya untuk diraikan bersama rakan2..pagi2 lagi hp aku dah berdering sms masuk..ucapan selamat dan doa dr Opah, Opah Cu, Pak Unggei, Unting Chik dan Ibu Syikin..semuanya mendoakan moga Ainul menjadi insan yang beriman dan baik budi pekerti..amin..


Bagi kami tiada apa yang lebih menggembirakan bila melihat dia membesar dengan sempurna, alhamdulillah..semakin hari menjadi semakin bijak..cantik..dan nakal skit..


Dahulu, dari bayi kini makin dewasa..

dari tidak pandai berkata2 kini semakin petah berbicara..

dari tidak pandai berjalan kini makin laju berlari

dari kepala botak kini boleh dibuat ekor kuda..

dari makannya disuap kini makannya sendiri..

dari dirinya dimandi kini semua dibuat sendiri..

dari tidak jelas mendengar kini hanya menanti arahan diberi..

dari tidak pandai membaca ABC kini siap bernyanyi2..

dari tidak pandai menyepahkan barang kini saper kuarkan toys kemas sendiri...

dari tidak pandai merajuk kini ya allah dia ratu rajuk,,feninnnggg

dari mendengar kata kini kata dia kita kene dengar..

dari bile dimarah diam kini dia plak bleh marah kita balik..

dari tidak pandai bermain kini sudah pandai berangan sendiri didepan cermin.

dari tak pandai tgk tv kini tv miliknya abadi..uhukuhukuhuk...


namun walau apapun..dia tetap kami sayang sepenuh hati...kerana dia yang akan mendoakan kami dikala mata ingin terlelap, ya allah, ampunkan dosa mama ainul, abah ainul..sihatkan mama ainul abah ainul..dan kerana dia yg akan mengucapkan..
'mama sayanggg, bleh tolong buatkan susu ainul', 'terima kasih abah mandikan ainul mardhiah'..'nak peluk mama, nak tido'..'sayangggg mama abah..'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan