Jumaat, 2 Januari 2009

SELAMAT untuk yang lepas dan akan datang....

Firstly, sorry coz baru hari ni dapat melawat blog sendiri...cuti hampir 2 minggu tp malas je nak menaip di blog(sebenarnya tak sempat nak jenguk pun)..balik kg di kuala kangsar 4 hari, lepak2 di rumah smpai sekarang ni..kepala tengah tension kene siapkan keje walaupun cuti..ada ker bos suruh balik kl segera coz nak kene siapkan paper work dia tuk tutorial dia di akademi, buat skt tuk pengarah negeri dan ketua pengarah...kalau sikit takpelah jugak tp emmm..tak yah citer lah kat sini buat tambah pening jer..dah 2 hari aku menaip je siang ke malam..ni ada lagi 2 paper dia tak settle lagi..aku bukan nak berkira kalau itu dah memang dalam senarai tugas aku..tp kebanyakannya keje org je yang bos aku suruh aku buat..marah ni bukan apa..rasa cam kesian dgn famili coz cuti pun tak macam cuti..dah lah tak selalu dpt bersama..nasib..nasib..

Alamak lupa main topik...Selamat datanglah kepada tahun baru dan selamat tinggal yang dah lepas2 tu...boleh dikenang sebenarnya sama ada baik @ buruk..tp terpulang pd niatlah kan..kalau di kenang baik tu untuk bertambah riak @ sombong @ bermegah2 baik jgn..n yang buruk tu bagus juga sekali sekala di kenang kembali tuk mengingatkan kita agar jgn diulang lagi..

2008 - pada aku tahun ni byk juga benda yang terjadi n merubah sedikit perjalanan hidup..ada yang baik dan ada yang kurengg skit..yang baik??? alhamdullillah kami dah beli rumah tempat berteduh tp tak siap lagi..suppose thn awal thn nilah insyaallah dpt duduk umah sendiri..cukuplah untuk berteduh dr panas dan hujan dan selesa bagi sekeluarga..rumah tu di Dengkil tak jauh dr putrajaya, dlm 10 minit je..hutang?? ada separuh lagi hutang2 yg belum dapat dilangsaikan...nampak gayanya thn ni kene cermat skit tuk settlekan hutang..bukan apa, memang adatlah kehidupan kita sekarang ni perlu berhutang tp wajib kita bayar..kalau kita berhutang tuk tempoh 10 tahun mungkin kita boleh kurangkan jd 6 tahun..yang penting usaha kita untuk membayar..(ikat perutlah aku thn ni), pencapaian diri..rasanya sama jelah maybe ilmu tu je bertambah skit dr sebelum ni..kesihatan? emm...tahun ni byk jugak ujian tuk aku..sakit bahu(ni akibat aktif sgt main bowling) nasib tak tercabut..tp kene jugaklah cucuk streoid..sekarang ni dah ok n dah aktif balik main bowling..(cik abg ckp ni jenis degil ketuat) hahaha...berat badan naik kot...teruklah bila jauh dgn cik abg ni..sekali sekala balik jumpa kita ada ke keluar kenyataan " kenapa baju tu mcm dah muat2 je dgn awk, dulu bukan longgar skit ker?" apa maknanya tu!!!! Pikir2 lah sendiri yer...tahun ni aku byk kehilangan ahli keluarga..ramai yg meninggal..ada jugak yang parah..ada jugak yang bercerai berai..ada jugak yang dah muflis, yang kene masuk lokap, yang kene tipu dgn skim pelaburan, yang kene kembali tinggal sendirian, yang membina rumah tangga, yang menyambut org baru, yg ingin mencuba sesuatu yg baru dlm hidup, yg br nk jd hak org, yg terpaksa putuskan hubungan..pendek kata MMA....ada yg menggembirakan, yg menyedihkan, memeningkan, menyusahkan, melegakan, menjengkelkan, mengecewakan..

2009- Semoga mulai dr hari pertama membawa rezeki, kebahagian, kebaikan, kemurahan, kesyukuran, kejayaan, kecemerlangan, kegembiraan buat kita semua..semoga berkuranglah kisah2 sedih, yang tidak baik..YA ALLAH, SEKIRANYA TELAH KAU TAKDIRKAN DUNIA INI PENUH DGN KEJAHATAN DAN KEZALIMAN, HINDARILAH IANYA DR KAMI SEMUA UNTUK SELAMA-LAMANYA TETAPI JIKA TELAH KAU TETAPKAN BAHAWA DUNIA INI PENUH DENGAN KEBAIKAN DAN KEGEMBIRAAN SERTA KEMANISAN, LIMPAHI LAH IANYA KE ATAS KAMI BUAT SELAMA-LAMANYA..AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan