Jumaat, 26 Disember 2008

HOLIDAY....

Start ari ni aku mula bercuti hingga hujung tahun..nak merehatkan minda n meringankan kepala yang kekadang tu serabut dgn fiil bos aku yang tak reti nak berenti dr bekerja..sebenarnya dia pun taknak buat keje tu (aku tau) tp dia terpaksa then secara automatiknya aku pun dipaksa untuk sama2 melaksanakan misi dia tu..neway bos aku ok orangnya...very understanding..aku pun tak tau lah berapa lama lagi aku kene 'jaga' dia..

Berbalik pada holiday aku kan...actually suami tersayang dah selamat pulang ke pangkuan untuk berapa lama tu tak surelah...dengar2 cam tak sampai setahun kot..nasib2...takpelah dah rezeki kene keje camtu, nak buek camno??? so semalam kami pulang lah ke kampung teman..Kuala Kangsar memandangkan aku pun dah lama sgt tak balik kecuali waktu tokwan meninggal aritu tu pun balik hari jer..duduk kg ni aku suka sbb bleh jumpa mak akulah especiallykan, then aku leh berborak n begebang ke rumah2 kawan2 ..laki aku paling suka sbb dia bleh makan ikan sungai banyak2..maklumlah umah dekat sungai then pagi2 ke pekan bleh beli ikan yg fresh dr sungai..n mak aku akan masak apa jer yg dia suka..manjakan dia...aku pun tak manja camtu...anak aku dia suka sbb bleh buli maksu dia...

aku rasa inilah cuti yang paling lama aku amik n balik kg...cam tak caya jer...lepas ni aku ada lagi seminggu so ingat nak ke Bukit Tinggi..apa yer ada kat sana???? Bleh bagi suggestions..
jap lagi kene check dlm internet lah jwbnya..payah jugak kalau tak tau apa ada kat sana..pegi2 nnt takde hotel ke takde tempat2 menarik ker buang masa plak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan