Isnin, 4 Mei 2009

5 Mei 2009


SELAMAT MENYAMBUT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA...kepada semua anggota bomba di seluruh dunia...ari ni aku takleh nk wish bos aku coz acara nyer nuunnn di KEdah...dulu sebelum kerja di sini cam tak berapa nk amik tau lah pasal bomba ni..tp sebenarnyer mereka adalah insan2 yang mulia...kekadang tu bila baca di newspaper tentang keburukan mereka sedih jugak..tak ramai yang memuji mereka bila berjaya menyelamatkan insan lain tp ramai yg akan mengeji mereka bila mereka melakukan kesalahan...itulah adat dunia...

sejak aku kerja disini..byk pengalaman melalui pemerhatian aku yang aku timba...suka duka insan2 yang bergelar anggota bomba ni sudah pun aku lihat...ada yang menyelamatkan insan di laut sehingga kini tidak kembali ke pangkuan keluarga...hanya Allah yang mengetahui kerana jika mati tentu ada mayatnyer..jika hidup tentu telah kembali bergembira bersama keluarga..ada yang cacat sepanjang hayat kerana menyelamatkan insan lain..mereka tidak pernah mengeluh bila kita sedang tidur mereka sedang bertarung nyawa menyelamatkan harta benda insan lain...

aku pernah berkursus di akademi bomba..kursus tu mengajar aku bagaimana menjadi seorang anggota bomba..walaupun hanya 3 hari namun terlalu payah untuk ku dan rakan2..kami diberi kesempatan bertarung dgn api yang besar, mengangkat hos yang beratnya fuh..20kg...smbil berlari sambil memakai but, overall, topi..terjun dr bangunan, terperangkap di tmpat yang gelap dan terbakar, dan byk lagi yang aku rasa hanya kami yang mengetahui..aku rasa cukup lah pengalaman 3 hari itu untuk aku simpan sehingga akhir hayatku...

sekarang, byk sungguh yang telah berubah dgn bomba...peralatannya adalah antara yang tercanggih, jenteranyer antara yang terbaik di dunia, skop tugasnya sudah luas merangkumi darat, air, udara, pengiktirafan dr dunia juga byk diperolehi..unit2 telah bertambah, nampaknyer rezeki untuk insan2 yang diluar jugak terbuka luas...anggota2nyer terdiri dari mereka yang bijak pandai..

cuma...aku rasa..kalau ada insan yang ingin menjdi anggota bomba..biarlah mereka ikhlas memohon dgn niat ingin berbakti kepada insan lain dan sanggup berkorban jiwa raga mereka...janganlah ianyer dimohon kerana tiada peluang lain yang diperolehi..kerana tanpa niat yang ikhlas dan pengorbanan...tiada keredhaan dari Allah dan tiada kenikmatan ketika menjalankan tugas...semoga hari ini menjadi Hari permulaan bagi mereka yang ingin mengubah niat dan pandangan tentang tugas ini....semoga Allah melimpahi rahmatNYA kepada mereka yang telah sanggup berkorban menggadaikan jiwa dan raga demi menyelamatkan harta benda dan insan lain...Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban dalam operasi penyelamatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan