Khamis, 29 Januari 2009

Ainul kesakitan....

Hari ni dah masuk hari ke-2 kami berumahtangga di hospital..ainul kesakitan...Ya Allah, kau sembuhkanlah anakku Ainul Mardhiah agar dia kembali riang dan ceria seperti selalu..kembalikanlah kesihatannya..kau kurangkanlah deritanya...Hanya Kau yang Maha Penyayang & Maha Pengasih...Aamin..

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku agar dpt aku menjaga anakku yang kesakitan..andai tempatnya dpt aku ganti aku rela Ya Allah..dia terlalu kecil untuk merasa semua kesakitan ini...

Hari pertama dia dimasukkan ke wad, dia akan muntah dan cirit birit setiap kali dia makan dan minum susu..badannya dah semakin susut tak bermaya..tidak terdaya walau untuk senyum sekali pun..dia adalah kanak2 yg riang dan ceria, mulutnya tak berhenti berkata-kata..dan akan membuat sesiapa jua ketawa mendengar celotehnya namun sekarang semua itu telah diragut...

dia mengalami demam yang berpanjangan..dan simptom2 yang dia alami adalah kerana dia dijangkiti kuman..kami perlu berada di hospital sehingga ahad ini...itu pun jika semuanya ok tp kalau tidak n masih ada kuman kami kene menunggu sehingga cukup 7 hari antibiotik dimasukkan ke tubuhnya..

1 ulasan:

  1. Iyeke Ainil..Ya Allah, doalah semoga Ainul cepat2 sembuh..akak pernah dua tiga kali melalui saat2 getir sebegini, ketika hakim dimasukkan ke ICU dulu..hmm hati pilu tiada siapa yang tahu..kan?..InsyaAllah...doalah semoga dia cepat sembuh, hanya doa kita ibu bapa yang didengari Yang Maha Esa..dan moga Ainul kembali ceria seperti sediakala...

    BalasPadam