
'SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 28'
Selamat Hari Ulang tahun buat diriku...tak terasa diri dah semakin tua @ usia dah semakin meningkat..dok ingat masih belasan tahun lagi...perangailah kot!! Apa-apa pun aku tetap bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang buat aku bernafas dan menikmati segala yang diciptakan. Alhamdullillah di usia ini aku sudah punya semua yang aku impikan..suami, anak, kerjaya, tempat berteduh, kasih sayang yg melimpah ruah dr mereka disekeliling dan kehidupan yang sederhana..
Terkenang kepada insan yang telah bersusah payah mengandungkan ku...katanya dulu aku adalah anak nazar...sbb ketiga-tiga anaknya sebelum ini adalah lelaki..memandangkan umurnya sudah terlalu tua untuk mengandung...akhirnya rezekinya murah dan doanya dimakbulkan Allah dia dianugerahkan anak perempuan..namun hanya sempat mencurahkan kasihnya selama 8 tahun sahaja apabila dia terpaksa meninggalkan segala-gala yang dia ada di dunia ini untuk kembali ke dunia yang kekal abadi...sekarang setelah 20 tahun berlalu..aku juga telah punya zuriat sendiri namun tetap terasa kekurangan kasih seorang ibu..aku berjanji dgn diri aku sendiri dan setiap hari aku panjatkan doa moga Allah memanjangkan usia ku agar aku dapat membesarkan zuriatku sehingga dia dewasa..menerima sepenuh kasih sayang dari aku sebagai ibu agar dia tidak merasa kekurangan seperti aku..semoga aku sempat untuk melihat zuriatku dari kanak2 menjadi gadis kemudian remaja dan seterusnya menjadi seorang wanita, isteri dan ibu..
Pernah dulu aku bertanya kenapa aku tidak seperti orang lain, punya ibu yang penyayang? punya ibu untuk ku peluk? punya ibu untuk aku beritahu yang hari itu adalah hari pertama period ku? punya ibu untuk aku bercerita tentang lelaki2 yang cuba mendampingi ku? punya ibu yang akan memasakkan aku makanan kegemaran ku? punya ibu yang akan menjaga ku ketika aku sakit? punya ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan setiap kali aku periksa? punya ibu yang akan memujukku bila aku di marah dan dipukul oleh bapak? punya ibu tempatku mengadu bila abang2 membuliku? punya ibu yang akan memarahi ku jika aku berbuat salah? punya ibu yang di hari terakhir aku dibawah tanggungjawabnya menghalalkan susu yang ku minum dan menasihatiku agar menjadi isteri yang baik dan solehah.....terlalu banyak keinginan yang aku inginkan namun kerana ajal dan maut memisahkan kami, aku belajar untuk tidak meminta2 dan belajar untuk mengadu kepada diri aku sendiri dan segala2 masalah aku selesaikan sendiri..maka jdlah aku anak yang paling nakal dalam keluarga..anak yang paling degil dan anak yang paling banyak dipukul oleh bapak ku...aku berdoa agar umurku panjang agar anak ku tidak menerima nasib yang serupa dengan ku...
Tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi berada di landasan yang betul sepanjang perjalanan hidupku...mungkin kekadang memilih exit @ r&r yang salah..namun aku cepat sedar yang aku kene kembali ke jalan yang betul..Alhamdullillah...semoga aku lebih matang dan meningkatkan keimanan kepadaNya serta menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik dr semalam dan bertambah baik dihari yang mendatang...(gambo tu kek buatan tangan e-jay)
Selamat Ulangtahun, Ingatlah Bertambahnya Usia kita Maka Makin Pendek Sebenarnya Usia Kita. Semoga dirimu dan keluarga dilimpahi rahmatNya dan keberkatannya. Bimbinglah keluarga kita sebaik2nya, semoga kita sama-sama menjadi ahli syurga kelak. Aminn
BalasPadamTerima kasih...amin...
BalasPadam