Isnin, 8 Disember 2008

Aidil Adha 2008


7 Dec 2008, 4.50 pagi..aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari no yang tidak aku kenali..panggilan dari seorang peg. polis....mendengarkan kata-kata yang dilafazkan buat jantung aku terhenti rasanyer...sorang saudaraku telah ditangkap atas kesalahan mengambil esctasy...aku periksa inbox sms dan rasanya saudara aku itu sempat menghantar sms sebelum segala-galanya dirampas..dia minta agar aku jgn bimbang sedangkan kes ini sungguh serius dan selepas panggilan itu aku termenung, sehingga azan berkumandang aku terus berwuduk dan bersujud padaNya mohon agar perkhabaran itu hanya mimpi...pagi itu membuatkan aku terpikir tentang apa yang telah aku lakukan hingga ujian sebegini menimpa aku..perlukah aku ambil tahu atau biarkan saja dia ditahan?? kepada siapa harus aku ceritakan masalah ini?? di mana perlu aku mulakan?? haruskah aku menurut kemahuannya agar ianya dirahsiakan dari sesiapa?? buntu aku memikirkan semuanya..Akhirnya aku tekad untuk menghubungi kakak angkatku, suaminya polis dan hanya dia yang aku nampak dapat berkongsi masalah aku ini.. Allah itu Maha Pengasih, nampaknya tmpat ku tuju adalah keputusan yang terbaik..akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk pergi menemui saudaraku di tempat dia ditahan..aku mohon agar dia dapat kami jamin memandangkan esok adalah Aidil Adha..sayu rasanya hati..setelah seharian kami berpusing dari satu balai ke satu balai mencari dan mohon diberikan maklumat..akhirnya dia telah dihantar ke Penjara Pudu..aduh...lemah rasanya kaki aku bila teringatkan bagaimana suasana Penjara Pudu..aku pernah melawat ke sana mengikut rombongan sekolah dulu..lawatan itu saja dah membuatkan aku teringat2 hampir seminggu..tmptnya pada aku sungguh menakutkan..meremang bulu roma ketika melintas dari satu ke satu sel..belum lagi catatan2 yang dilorek di dinding luahan rasa hati banduan2 yang menyedihkan..dan menurut suami kakak angkat ku layanan di sana untuk banduan adalah yang paling teruk dan janjinya pada aku, akan dia usahakan untuk menjamin saudaraku dari sana secepat mungkin kerana dia sendiri tidak sanggup untuk memikirkan apa yang saudaraku akan hadapi..kami akhirnya pulang hampa bila dia tidak boleh dijamin memandangkan dia telah dihantar ke penjara pudu..dengan perut yang lapar, letih dan sedih kami pulang ke putrajaya..selesai makan dan menguruskan anak2 yang keletihan..peg. polis yang bekenaan telah menelefon dan memberi keizinan untuk menjamin saudara aku, kami bergegas kembali ke penjara pudu bagi menemui dan menjaminnya..Ya Allah hebatnya dugaan yang kami terima..namun doa kami tertunai jugak untuk mengeluarkan dia dr sana.. setelah urusan selesai kami menanti hampir setengah jam di depan penjara pudu sebelum pintu penjara dibuka..akhirnya saudara aku keluar dengan muka yang pucat, masih menggigil ketika bersalaman denganku..jelas tidur dipenjara sehari semalam telah membuatkan dia sedar kesilapan dia..bersungguh-sungguh dia memohon ampun dan akan bertaubat...kadang-kadang perkara begini membuatkan kita terpikir..adakah ianya salah dia sendiri atau salah org2 disekelilingnya yang menyebabkan dia begini atau kedua-dua kesalahan tadi telah digabung dan sama-sama menerima hukuman ini..dia tidak menyangka akan keluar secepat ini memandangkan dia tidak terpikir aku akan membuat sebarang tindakan..katanya dia terkejut bila namanya dipanggil dan mengharapkan kawan2 datang membantu namun tiada siapa pun yang berusaha untuk melepaskan dia dari penjara itu..kawan2 dikala senang mudah kita cari namun di waktu susah ..........mungkin ada tp ianya memang benar2 seorang sahabat!!! Namun pada aku, ianya adalah tanggunggjawab sebagai saudara terdekat..aku bukan sahabatnya..aku adalah darahnya yang akan mengalir sentiasa dan akan rasa sakit bila dia sakit dan gembira bila dia gembira...aku berdoa agar dia dan aku diampuni ...semoga Hijrah yang akan datang nnti akan menjadikan dia manusia yang baru dan Aidil Adha ini telah menuntut pengorbanan yang tidak sedikit buat diriku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan